Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Salah seorang daripada ulama terkemuka Syiah, Ayatullah al-Uzhma Shafi Gulpaygani mengucapkan rasa terima kasih dan bangganya kepada Perdana Menteri India, Narendra Damordadas Modi yang ketika azan dikumandangkan telah menghentikan sementara ucapannya di hadapan ratusan ribu rakyat India untuk menghormati simbol agama Islam tersebut.
Melalui surat terbukanya, ulama yang menetap di kota Qom, Iran mengatakan bahawa tindakan Perdana Menteri India yang menghentikan ucapannya buat sementara waktu pada ketika azan dikumandangkan adalah salah satu bentuk penghormatan terhadap simbol agama Islam yang sepatutnya disusuli dengan ucapan terima kasih daripada umat Islam secara amnya.
Menurutnya, tindakan menghormati simbol agama lain oleh tokoh dan para pemimpin negara akan memberikan kesan positif terhadap masyarakat, khususnya di dalam membentuk persefahaman yang jitu dan interaksi yang sihat di kalangan mereka sendii.
Sumber mengatakan bahawa Perdana Menteri India, Narendra Damordadas Modi ketika menyampaikan ucapannya di hadapan ratusan ribu rakyat India pada sabtu (17/9) lepas, berhenti buat sementara daripada memberikan ucapannya apabila mendengar azan yang dikumandangkan dari masjid yang berada berdekatan dengan lokasi semasa PM india tersebut menyampaikan ucapannya.
Ketika azan dikumandangkan, perdana menteri India yang ke-15 tersebut menghentikan ucapannya sambil menurunkan mikrofon. Beliau kemudiannya dengan menggunakan isyarat tangan meminta supaya penyokongnya untuk turut serta berdiam sejenak. Setelah azan dikumandangkan, Pemimpin Parti Baratiya Janata yang beragama Hindu tersebut meneruskan ucapannya sambil menganjurkan rakyatnya untuk menanamkan sikap toleransi tehadap penganut agama yang berbeza-beza. Tindakan tersebut mendapat tepukan gemuruh daripada ratusan ribu hadirin yang berada di situ.
Perdana Menteri India hentikan ucapan ketika azan dikumandangkan
Ulama Syiah Ucap Terima Kasih Kepada Perdana Menteri India
29 September 2016 - 13:17
News ID: 782216

Salah seorang daripada ulama terkemuka Syiah, Ayatullah al-Uzhma Shafi Gulpaygani mengucapkan rasa terima kasih dan bangganya kepada Perdana Menteri India, Narendra Damordadas Modi yang ketika azan dikumandangkan telah menghentikan sementara ucapannya di hadapan ratusan ribu rakyat India untuk menghormati simbol agama Islam tersebut.